Rasai pengalaman memakan Melon Manis Terengganu (MMT) Gred Premium. Ditanam dengan teknik "1 Pokok 1 Buah" untuk kualiti rasa yang tiada tandingan.
Kemanisan (Brix)
Berbeza dengan tembikai susu biasa di pasaran, MMT menawarkan pengalaman rasa yang mewah.
Kami membuang semua putik lain dan hanya fokus pada SATU buah terbaik per pokok. Semua nutrien tertumpu di sini.
Isinya tidak lembik. Bila digigit, terasa kerangupannya tetapi air manisan terus cair di dalam mulut. Tekstur yang unik.
Ditanam di dalam Rumah Lindungan Hujan (Rain Shelter) dengan kawalan perosak biologi. Selamat untuk seisi keluarga.
Setiap buah dipilih secara manual (hand-picked) sebelum dipos. Kami jamin kualiti terbaik sampai ke tangan anda.
*Harga tidak termasuk kos pos. Penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
"Sumpah sedap! Sebelum ni beli kat pasaraya tawar. Yang MMT ni memang lain, manis dia pekat. Kulit nipis, isi tebal."
Puan Siti
Kuala Lumpur
"Packaging terbaik. Buah sampai Terengganu ke JB tak ada calar langsung. Memang sesuai buat hadiah kat mak ayah."
En. Hafiz
Johor Bahru
Melon ini tahan sehingga 2 minggu pada suhu bilik. Jangan simpan dalam peti sejuk jika belum potong. Selepas potong, simpan dalam peti sejuk, ia akan kekal rangup dan sejuk!
Kami ada Waranti Kerosakan. Jika buah sampai pecah atau busuk, ambil gambar dan hantar pada kami dalam masa 24 jam. Kami akan ganti baru atau pulangkan wang anda.
MMT yang kami pos biasanya sudah cukup tua dan manis. Tanda utama ia sedia dimakan ialah kulitnya berwarna kuning keemasan sepenuhnya dan bahagian bawah buah sedikit lembut bila ditekan.